Friday, December 11, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

MAAL HIJRAH 1431 AKAN DATANG LAGI... KENANGKAN SEJARAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD MENYEBARKAN DAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM. MOGA TAHUN HIJRAH YANG BARU INI DIBERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH MENJADI INSAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri



Assalamualaikum w.b.t... Sempena Syawal yg bakal menjelang tidak lama lagi... Pihak Panitia Pendidikan Islam SK SS 19 Subang Jaya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas salah dan silap kepada semua.. Dan Pihak Panitia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "...

Semoga Allah masih memberi kesempatan dan kesihatan kepada kita semua utk berjumpa dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun yg berikutnya... Amin...

Wednesday, September 2, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..



Panitia Pendidikan Islam SK SS 19 Subang Jaya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430 H kepada semua..

Semoga Madrasah Ramadhan kali ini membawa perubahan baru dan melahirkan insan yang lebih bertakwa dan beriman kepada Allah... InsyaAllah...

Saturday, July 11, 2009

Mari Baca.....dan fikirkan....

Orang Baik Nampak Yang Baik-baik
Seorang perantau memasuki sebuah desa. sebelum pergi jauh ke dalam desa itu, dia telah bertemu seorang tua. "Bagaimanakah perangai orang-orang kampung disini pakcik?"tanyanya. "Oh kamu orang baru ya? Sebelum pakcik jawab soalan kamu tu, pakcik ada satu pertanyaan. Boleh pakcik tanya?." Perantau itu kehairanan. "Baiklah pakcik. Apa soalannya?" "Bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?" Pemuda itu terdiam sejenak. "Orang kampung saya teruk-teruk pakcik, perangai mereka tak senonoh langsung. Asyik bergaduh,mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Saya harap orang kampung ni tidak macam tu." "Sayang, harapan kamu tidak akan kesampaian. Orang kampung ni macam itulah juga. Kamu tersilap pilih, nak. Sepatutnya kamu tak datang ke kampung ini."jawab pakcik tua itu.
"Tak apalah kalau begitu, pakcik. Saya tumpang minum sahajalah di warung sebelah ni. saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini." Orang tua itu tersenyum dan mengangguk-angguk.
Selang kemudian,seorang perantau lain memasuki kampung itu dan menemui pakcik yang sama. Kebetulan soalannya sama juga dengan perantau pertama, maka ditanya juga oleh pakcik itu soalan yang sama.
Jawabnya"orang kampung saya baik-baik. Semuanya bertolong bantu, peramah dan berkasih sayang." "Kalau begitu kenapa kamu merantau keluar?" " Saya ingin mencari pengalaman. Err..err.. pakcik kembali kepada soalan saya tadi? Bagaimana perangai penduduk kampung ini?" "Oh,bagus. Baik. Orang kampung ini semuanya berkasih sayang dan bertolong bantu." "Syukur.Kalau begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman disini."
Perbualan antara perantau kedua dan pakcik itu didengari oleh perantau pertama yang sedang minum di warung berhampiran. Dia hairan dan sedikit berang. Apakah pakcik itu mempermainkannya?. "Kenapa pakcik berbohong? dengan saya kata lain, dengan dia kata lain?" "Maaf nak, pakcik tak berbohong." "Habis, kenapa jawapan pakcik berbeza?" "Pakcik jawab mengikut keadaan orang yang bertanya." "Maksud pakcik?" "Jika orang itu baik, dia akan nampak banyak kebaikan. Sebaliknya, jika orang itu tidak baik, dia akan nampak banyak kejahatan dan keburukan. Kita melihat dengan mata hati kita. Jika mata hati kita bersih, insya-Allah, kita akan dapat melihat banyak kebaikan."

Pengajaran : Apa yang kita lihat bergantung pada diri kita. Sebab itu prasangka itu dilarang keras oleh agama. Dalam pergaulan, kita mesti belajar meletakan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bagaimana kita akn mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?{petikan dari majalah solusi}

Sunday, July 5, 2009

Aktiviti surau Al-Mustaqim



Bacaan Yasin mingguan telah berjalan di surau Al-Mustaqim SK SS19 Subang Jaya. Panitia telah mensasarkan untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR bagi menjayakan majlis ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mendedahkan murid dengan majlis bacaan Yasin dan juga sebagai usaha untuk membantu murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

Pertandingan Kalam Jamei


Pada 29 Jun, yang lepas sekolah telah menghantar peserta ke Majlis Ihtifal j-QAF yang telah dijalankan di Komplek Tamadun Seni Islam, Shah Alam. Peserta-peserta telah menunjukkan semangat tinggi untuk membuat persembahan yang terbaik.
Pertandingan Kalam Jamaei ini merupakan salah satu acara pertandingan daripada acara-acara yang dipertandingkan dalam majlis Ihtifal j-QAF ini.
Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid yang telah menyertai kumpulan ini dan berlatih bersungguh-sungguh. Diharapkan ia akan membawa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.
Pihak Panitia juga ingin mengucapkan tahniah kepada ustazah Nurul Akmam dengan usahanya menjayakan kumpulan ini. Juga tak lupa kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Friday, July 3, 2009

aktiviti kompang


Persatuan panitia Pendidikan Islam sentiasa mencari ilham menyediakan aktiviti yang kreatif untuk ahli persatuan. Salah satunya bermain kompang. setakat ini ahli persatuan hanya diperkenalkan dengan muzik tradisonal ini yang sinonim dengan perkembangan Islam di Malaysia. Persatuan sentiasa bersedia unutk memahirkan ahli persatuan untuk bermain kompang dengan lebih baik lagi. Dimasa akan datang persatuan pend. Islam bercadang untuk melatih pelajar-pelajar untuk kumpulan kompang selawat bagi mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah. di harap ia akan mendapat sokongan dari semua pihak.

Thursday, June 25, 2009

Bulan Rejab Bulan Allah

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) iaitu semalam kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Itu sedikit ingatan bersama. Semoga kita menambah amal ibadah kita dan "up gred" amalan kita...

Wednesday, June 17, 2009

Program kerohanian.....

Bermula hari jumaat ini iaitu 20 Jun 2009, Panitia Pendidikan Islam akan menjalankan program kerohanian khusus untuk murid-murid tahun 6. Dalam program ini, aktiviti yang dirancang adalah bacaan yasin yang akan dijalankan pada setiap pagi hari jumaat bermula jam 7.15 pagi bertempat di surau Al-Mustaqim.
Semua murid Islam tahun 6 diharapkan dapat menyertai program ini. Jika murid lain hendak turut serta adalah digalakkan.... semoga program ini mendapat rahmat dari Ilahi... wassalam...

Monday, June 15, 2009

Selamat bersekolah kembali.......

Cuti sudah habis, sekarang masa untuk belajar kembali... semester 2 ni kena lebih banyak berusaha belajar dan baca buku. Disiplin juga kena ditingkatkan.
dalam semester 2 ni panitia dah sediakan pelbagai program untuk menambahkan ilmu murid-murid dan warga sekolah... jangan lupa tunggu aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang....

Tuesday, June 9, 2009

Minggu Panitia Pendidikan Islam

Minggu Panitia Pendidikan Islam datang lagi.....
Sempena minggu panitia akan diadakan pertandingan-pertandingan seperti berikut :
1- Bercerita kisah nabi.
2- Hafazan.
3- Kuiz.
4- Nasyid dan lain-lain
semuanya akan dijalankan pada bulan Jun ini..... murid-murid boleh bersedia dari sekarang..... Jom sertai...

Tuesday, May 26, 2009

SELAMAT BERCUTI

Sekolah akan mula bercuti 30 Mei ini, sudah tentu murid-murid tidak sabar menanti cuti pertengahan penggal ini. Jadi diharapkan murid tidak terlalu seronok bercuti. Jangan lupa membaca buku pelajaran. Jangan lupa solat, membantu ibu bapa, jangan pula buang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. murid-murid jangan lupa juga untuk membaca Al-Quran jadikan ia sebagai satu amalan harian kita.... wassalam.

Monday, May 25, 2009

PKSR pertengahan tahun sudah bermula...

Kepada semua pelajar SK SS19 Subang Jaya diucapkan selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun ini. Diharap jangan lupa baca buku supaya dapat jawab soalan periksa nanti... nabi mengajar kita sentiasa berusaha kemudian berdoa kepada Allah dan jangan lupa untuk bertawakkal sebab semuanya adalah atas kehendak Allah jua.... wassalam

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009


BUAT TENAGA PENDIDIK SK SS 19 SUBANG JAYA.
SEMOGA DIRAHMATI ALLAH ATAS SETIAP ILMU YG DICURAHKAN KEPADA ANAK DIDIK.
AMIN....

MAJLIS MAAL HIJRAH 1430H/2009M