Saturday, July 11, 2009

Mari Baca.....dan fikirkan....

Orang Baik Nampak Yang Baik-baik
Seorang perantau memasuki sebuah desa. sebelum pergi jauh ke dalam desa itu, dia telah bertemu seorang tua. "Bagaimanakah perangai orang-orang kampung disini pakcik?"tanyanya. "Oh kamu orang baru ya? Sebelum pakcik jawab soalan kamu tu, pakcik ada satu pertanyaan. Boleh pakcik tanya?." Perantau itu kehairanan. "Baiklah pakcik. Apa soalannya?" "Bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?" Pemuda itu terdiam sejenak. "Orang kampung saya teruk-teruk pakcik, perangai mereka tak senonoh langsung. Asyik bergaduh,mengumpat dan bergaduh sesama sendiri. Saya harap orang kampung ni tidak macam tu." "Sayang, harapan kamu tidak akan kesampaian. Orang kampung ni macam itulah juga. Kamu tersilap pilih, nak. Sepatutnya kamu tak datang ke kampung ini."jawab pakcik tua itu.
"Tak apalah kalau begitu, pakcik. Saya tumpang minum sahajalah di warung sebelah ni. saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini." Orang tua itu tersenyum dan mengangguk-angguk.
Selang kemudian,seorang perantau lain memasuki kampung itu dan menemui pakcik yang sama. Kebetulan soalannya sama juga dengan perantau pertama, maka ditanya juga oleh pakcik itu soalan yang sama.
Jawabnya"orang kampung saya baik-baik. Semuanya bertolong bantu, peramah dan berkasih sayang." "Kalau begitu kenapa kamu merantau keluar?" " Saya ingin mencari pengalaman. Err..err.. pakcik kembali kepada soalan saya tadi? Bagaimana perangai penduduk kampung ini?" "Oh,bagus. Baik. Orang kampung ini semuanya berkasih sayang dan bertolong bantu." "Syukur.Kalau begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman disini."
Perbualan antara perantau kedua dan pakcik itu didengari oleh perantau pertama yang sedang minum di warung berhampiran. Dia hairan dan sedikit berang. Apakah pakcik itu mempermainkannya?. "Kenapa pakcik berbohong? dengan saya kata lain, dengan dia kata lain?" "Maaf nak, pakcik tak berbohong." "Habis, kenapa jawapan pakcik berbeza?" "Pakcik jawab mengikut keadaan orang yang bertanya." "Maksud pakcik?" "Jika orang itu baik, dia akan nampak banyak kebaikan. Sebaliknya, jika orang itu tidak baik, dia akan nampak banyak kejahatan dan keburukan. Kita melihat dengan mata hati kita. Jika mata hati kita bersih, insya-Allah, kita akan dapat melihat banyak kebaikan."

Pengajaran : Apa yang kita lihat bergantung pada diri kita. Sebab itu prasangka itu dilarang keras oleh agama. Dalam pergaulan, kita mesti belajar meletakan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bagaimana kita akn mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?{petikan dari majalah solusi}

No comments:

Post a Comment